My preferred bottle!

 Sebelum ini, Mummy Mikhail beli non-BPA free bottle untuk Mikhail tapi lepas Mikhail nangis, nangis dan nangis, last last Mummy beli jugak satu botol susu AVENT untuk Mikhail!
PHILIPS AVENT BPA-Free Slow Feeding Milk Bottle 
Mikhail prefers AVENT! Mikhail suka AVENT sebab.....(ni Mummy Mikhail la yang bagitau dekat Mikhail):

  • One piece anti-colic valve system
Kalau dulu pakai botol susu lama, Mikhail minum susu mesti perut kembung. Lepas Mummy Mikhail beli botol susu AVENT yang BPA-free ni untuk MIkhail, Mikhail rasa kurang angin dalam perut. Botol susu AVENT ada satu sistem ni yang buatkan udara(untuk bagi susu itu turun masuk dalam perut Mikhail, hihihi) masuk dalam botol dan bukan dalam perut Mikhail!
Membuatkan udara masuk ke dalam perut dan bukan ke dalam perut bayi anda

  • 0% BPA (Bisphenol A Free)
Material yang PHILIPS guna untuk buat botol susu Mikhail ini ialah PES. OK, mesti semua orang tanya kenapa Mikhail nak botol susu yang BPA-free. Apa benda BPA ini? Kalau kawan-kawan semua nak tahu, Canada dan negara-negara Eropah telah mengharamkan langsung penggunaan BPA dalam produk untuk bayi mereka. Mesti ada sebab kan...

Apa itu BPA: Bisphenol yang diketahui adalah estrogenic. Ok kalau guna botol yang ada BPA, yang pasti memangla jadi obese. Tapi jangan salah sangka, obese ini bukan sebab minum susu banyak tapi sebab bahan botol susu itu yang bagi bayi(macam MIkhail) untuk jadi obese dan ini adalah tidak sihat! Mikhail taknak jadi obese.

Keduanya, BPA boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser. Takkanla Mikhail baru kecik-kecik macam ni nak dapat kanser sebab Mikhail tak hisap rokok macam Papa Mikhail(Hmm...kena suruh Papa berhenti hisap rokok, Mikhail sayang Papa...)

  • Highly durable
Botol susu Mikhail ni colour dia honey-ish sikit. Dahla colour dia cantik, kadang-kadang Mikhail rasa macam minum susu dengan madu...tapi colour honey ni la yang bagi botol susu Mikhail tahan lama. Haritu botol susu Mikhail terjatuh dari katil waktu Mikhail tertidoq, Mummy Mikhail dah risau dah, ingat nak kena beli botol baru (dia geram bila tengok Mikhail tidoq buas..hehehehe) tapi botol susu Mikhail ni tahan betul, tak retak ataupun pecah.
  • Clinically proven to significantly reduce fussing
Botol susu biasa selalunya akan kacau cara Mikhail minum susu. Sebagai contoh, kalau Mikhail guna botol susu biasa, selalunya Mikhail akan minum tersekat-sekat. Bukan macam kalau guna botol AVENT. Sekarang dah pakai AVENT, Mikhail dah tak minum tersekat-sekat pun. Bayangkan Mummy Mikhail seronok Mikhail dah tak meragam lama-lama waktu malam kalau nak minum susu. Patutla Mummy rasa lega lepas Mummy beli botol susu AVENT dekat Mikhail...hehehehehe

Perbandingan botol susu AVENT dengan botol susu biasa

Mummy Mikhail kata kalau nak beli murah sahaja. Mummy kata satu botol RM45 tapi kalau beli dua botol sekali boleh dapat RM85. Kalau kawan-kawan Mikhail nak beli boleh klik kat link bawah ni ataupun boleh saja email Mikhail dengan butiran berkaitan dengan barang yang nak dibeli.